KUALA LUMPUR – Bantuan tunai dan barangan asas diperluas dalam Belanjawan 2027 harini ini, di mana golongan M40 juga bakal menerima SARA MADANI. Kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), meningkat daripada RM15 bilion tahun ini. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kira-kira […]
KUALA LUMPUR – Bantuan tunai dan barangan asas diperluas dalam Belanjawan 2027 harini ini, di mana golongan M40 juga bakal menerima SARA MADANI. Kerajaan memperuntukkan RM16 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), meningkat daripada RM15 bilion tahun ini.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kira-kira sembilan juta penerima STR layak menerima SARA sehingga RM150 sebulan, atau RM1,800 setahun.
Bantuan turut diperluas kepada rakyat berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR, termasuk golongan M40. Mereka akan menerima kredit SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang sambutan Hari Kebangsaan. Inisiatif itu dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia.
Kredit SARA juga boleh digunakan untuk membeli barangan basah dan segar di 216 Pasar Tani dan Tamu FAMA di seluruh negara. Selain itu, rangkaian kedai runcit kecil dan koperasi rakan niaga SARA yang kini berjumlah 6,800 premis akan diperluas kepada 10,000 sebelum hujung tahun ini.
Peningkatan peruntukan dan peluasan penerima ini merupakan usaha positif untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat sokongan menghadapi kos sara hidup. Kemudahan menggunakan kredit bagi barangan segar di pasar tani turut menghubungkan bantuan kepada keperluan harian rakyat dan perniagaan tempatan.
