KUALA LUMPUR – Pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang layak menerima bantuan khas RM1,000 secara “one-off” tidak perlu mengisi borang atau membuat pendaftaran. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan akan mengenal pasti penerima menggunakan rekod sedia ada. Rekod daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan digunakan untuk […]
KUALA LUMPUR – Pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang layak menerima bantuan khas RM1,000 secara “one-off” tidak perlu mengisi borang atau membuat pendaftaran. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan akan mengenal pasti penerima menggunakan rekod sedia ada.
Rekod daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan digunakan untuk mengesahkan kelayakan. Bantuan disalurkan secara berperingkat melalui pindahan wang terus. Pemandu yang tercicir boleh meminta persatuan masing-masing mengemukakan nama untuk semakan.
Bantuan di bawah Belanjawan 2027 itu melibatkan 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa, serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara. Seramai 500 pemandu dijemput ke majlis pelancaran di Zon Tengah sebagai simbolik permulaan penyaluran. Program seterusnya dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang sebelum diperluas ke zon selatan dan kawasan lain.
Kerajaan mengumumkan bantuan ini susulan hasil penjualan nombor pendaftaran khas “H”. Anthony berharap bayaran tersebut dapat membantu meringankan beban pemandu, termasuk kos sara hidup, penyelenggaraan kenderaan, alat ganti dan insurans.
Sumber : Astro AWANI
Foto : BERNAMA
