KUALA LUMPUR, – Seramai 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima manfaat menerusi Program Sokongan Industri dan Perniagaan (SINAR) yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia setakat 30 September lalu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, berkata program berkenaan menyediakan akses kepada pembiayaan serta sokongan perniagaan tambahan bagi membantu PMKS menghadapi cabaran […]
KUALA LUMPUR, – Seramai 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima manfaat menerusi Program Sokongan Industri dan Perniagaan (SINAR) yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia setakat 30 September lalu.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, berkata program berkenaan menyediakan akses kepada pembiayaan serta sokongan perniagaan tambahan bagi membantu PMKS menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Menurut beliau, Program SINAR yang diumumkan pada Jun lalu melibatkan peruntukan keseluruhan RM205 juta bagi membantu perniagaan yang terkesan akibat krisis global, khususnya gangguan rantaian bekalan serta peningkatan kos operasi dan bahan api. BERNAMA
Antara inisiatif di bawah Program SINAR ialah Skim Pembiayaan Mudah untuk PMKS yang mempunyai peruntukan RM30 juta. Setakat ini, pembiayaan berjumlah RM7.12 juta telah diluluskan kepada lapan PMKS.
Selain itu, Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PMKS atau Business Accelerator Programme meluluskan pembiayaan RM8.88 juta kepada 18 PMKS.
Skim Pembiayaan PRESTIGE 2.0 pula memberi manfaat kepada 15 PMKS menerusi kelulusan pembiayaan berjumlah RM11.53 juta.
Bagi membantu perniagaan mengembangkan operasi, Program Penskalaan Perniagaan Inklusif turut menyediakan geran kepada perusahaan yang layak. Daripada peruntukan RM5 juta, sebanyak RM4.64 juta telah disalurkan kepada 192 PMKS setakat ini. RTM News
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 971 PMKS turut mendapat manfaat daripada diskaun 50 peratus bagi permohonan Sijil Status PMKS sehingga Ogos lalu.
Tawaran diskaun itu diteruskan mulai 16 Oktober hingga 31 Disember 2026 bagi memudahkan lebih banyak perniagaan mendapatkan pengesahan status PMKS dan mengakses bantuan keusahawanan.
Melalui tawaran tersebut, kos permohonan sijil dikurangkan daripada RM100 kepada RM50.
Langkah itu merupakan antara usaha memperluas akses PMKS kepada kemudahan dan program sokongan kerajaan.
Bagi tahun depan, Belanjawan 2027 menyediakan sokongan berjumlah RM67.9 bilion untuk pembangunan PMKS melalui kemudahan pembiayaan dan jaminan, peluasan akses pasaran, pembangunan modal insan serta pendigitalan dan automasi.
SME Corp Malaysia turut menerima peruntukan RM137 juta bagi melaksanakan program pembangunan PMKS pada 2027, meningkat 17 peratus berbanding RM117 juta pada 2026.
Peruntukan itu bertujuan menyokong pembangunan perniagaan tempatan, termasuk usaha memperkukuh daya saing, memperluas pasaran dan meningkatkan keupayaan PMKS menghadapi perubahan ekonomi.
Sumber: Berita Harian
Foto: Suara Merdeka
